Bunyinya macam kita ni seorang scammer atau penjual MLM/takaful yang memaksa bila perlu belajar menjual.
Tapi jualan tak sepatutnya berkisar tentang memaksa dan close the deal. Saya akan kongsikan perkongsian tuan Aazar Shad berkenaan jualan dari perspektif beliau.
Pengalaman dalam temuduga, kerjaya sebagai penjual produk, peniaga tepi jalan, dan pemilik perniagaan membuatkan saya percaya skil menjual boleh membawa kita pergi lebih jauh dalam hidup.
1. Saya boleh katakan tiada kemahiran yang lebih berharga berbanding skil menjual. Dan kemahiran menjual susah nak belajar secara teori kecuali bila kita praktikkan, cuba memahami perasaan pembeli dan melalui pengamatan pada sekeliling kita.
2. Kita sebenarnya sentiasa menjual setiap masa tanpa kita sedar. Kita 'menjual' idea dan cerita kepada orang sekeliling. Dan pendengar dan followers kita 'membeli' dengan menerima idea dan percaya pada kita.
3. Dalam menjual produk, kita kena jadi doktor dan coach. Kita menjadi doktor dengan mengenal pasti apa keperluan/masalah/pain point pembeli, dan coach ialah untuk kita memandu pembeli/pelanggan kepada solusi yang tepat.
4. Dalam era AI sekarang, maklumat semua di hujung jari. Semua orang menggunakan chatGPT dan Google sepanjang masa. Bergantung pada sejauh mana tahap teknikal produk yang dijual, sebagai penjual, kita hanya perlu jadi pemudah cara untuk masalah klien dan bukannya menjadi jurujual.
5. Sekarang ialah era di mana kita membina kepercayaan. Trust is the currency today! Apabila kitadilihat sebagai pakar dalam bidang/produk tersebut, kita berjaya menanam kepercayaan dalam audiens kita.
6. Kita bukanlah pengutip purchase order sahaja, tapi kita ialah tukang karut/cerita. Kita perlu jadikan customer sebagai hero dalam cerita kita.
7. Bila menjual, bukan segalanya tentang harga tetapi apa yang pembeli dapat (nilai). BIla kita kena terperangkap dengan perang harga, ini ialah tanda kita sedang bersaing di lautan merah yang luas. Mungkin dah tiba masa untuk kita mencari kolam biru kita yang lebih kecil, tenang dan fokus.
8. Dalam menjual, paling penting ialah qualifying the leads. Tak semua orang sesuai jadi pembeli produk kita. Bila pembeli tersebut tidak ditapis dengan betul, mereka bukan product-fit customer, yang akhirnya mengakibatkan pembeli tak gembira dan benci dengan kita, lalu mereka menyebarkan kata-kata buruk tentang produk dan jenama kita.
9. Chris Orlo pernah bercakap, "Jika kita boleh ceritakan masalah pembeli lebih baik berbanding mereka sendiri bercerita, mereka akan percaya kita ada produk yang paling tepat!"
10. Menjual sepatutnya satu proses yang menyeronokkan. Sebab bila kita rasa seronok, kita akan buat lagi dan lagi!
11. Pembeli bukan hanya gembira waktu mereka buat bayaran tapi lepas membeli dan gunakan produk kita. Jadi, kita kena keep in touch dengan pembeli supaya mereka boleh ceritakan kegembiraan mereka dan bertukar menjadi pelanggan dan tolong promote kepada social circle mereka. Untuk penjual, kita akan rasa menaiknya hormon dopamine apabila mendengar sendiri cerita gembira dari pembeli.
12. Bila nak follow up, kita kena kreatif dan elakkan jadi seorang yang bosan. Boleh kongsi pada bakal pembeli tentang product update etc
13. Selain fokus pada pain points atau masalah klien, kita kena bina hubungan yang jujur dengan pembeli. Berbual juga selain topik di atas. Mesti ada perkara yang mereka minat di luar kerja/masalah mereka.
14. Sediakan elemen surprise untuk pembeli. Buatkan mereka rasa wow dan kagum dengan servis pelanggan yang kita tunjukkan.
15. Walaupun kita dah ada pengalaman yang lama dalam menjual, sentiasa belajar dari penjual yang hebat. Jadilah seorang yang sering bertanya dan kritikal kepada diri sendiri sebagai penjual.
Jika anda berminat untuk belajar dan mendapatkan servis jurujual untuk perniagaan/jenama anda, tak kiralah sebagai seorang individu yang baru nak berniaga, influencer yang ada pengikut tapi belum ada produk dan juga usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan, boleh hubungi saya di wa.me/601121796082
Saya mengusahakan beberapa jenama perniagaan seperti di bawah:
- Merancang dan brainstorming strategi konten yang sesuai dengan target pelanggan/pengikut
- Menghasilkan konten sama ada dalam bentuk penulisan blog, tweet, infografik, poster dan video pendek (reels and short) dan panjang (youtube and live)
- Menyusun dan publish konten mengikut jadual yang ditetapkan
- Menjaga, menyusun dan mengurus akaun media sosial dan website
- Membantu dalam membina fasa awal perniagaan dari nama syarikat, nama jenama, business card, bunting, logo dan lain-lain
- Menyediakan mentorship dan sokongan untuk individu yang baru memulakan perniagaan daripada idea perniagaan, kertas kerja dan penyediaan belanjawan/budget yang sesuai
- Membina laman web perniagaan yang responsif dan mesra SEO supaya mudah terpapar dalam hasil carian di Google
- Membantu setup untuk business from home (BFH) yang sesuai dan efisien
- Menyusun gerak kerja pemasaran, jualan, kewangan, dan pengurusan sumber manusia supaya pemilik perniagaan boleh fokus pada perkara yang lebih utama
Ulasan
Catat Ulasan