Hi, saya Mohd Adib Safwan.
Saya merupakan graduan bidang Sains Perubatan dari Uni. of Cork, Rep of Ireland pada tahun 2016.
Berpengalaman selama 8 tahun dalam bidang pemasaran dan jualan dalam pelbagai industri terutamanya farmaseutikal dan health-tech.
Sekarang saya bersama dengan sebuah syarikat kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) yang mengfokuskan kepada pembangunan AI untuk sektor kesihatan primer (primary care).
Saya mengusahakan beberapa jenama perniagaan seperti di bawah:
Di Kocipta, kami membantu brand sama ada individu, pempengaruh atau pemilik perniagaan untuk menghasilkan konten:
- Merancang dan brainstorming strategi konten yang sesuai dengan target pelanggan/pengikut
- Menghasilkan konten sama ada dalam bentuk penulisan blog, tweet, infografik, poster dan video pendek (reels and short) dan panjang (youtube and live)
- Menyusun dan publish konten mengikut jadual yang ditetapkan
- Menjaga, menyusun dan mengurus akaun media sosial dan website
Di Yabda, yang bermaksud "bermula" dalam bahasa Arab, ialah servis sokongan untuk individu, pempengaruh/influencer atau usahawan yang baru bermula:
- Membantu dalam membina fasa awal perniagaan dari nama syarikat, nama jenama, business card, bunting, logo dan lain-lain
- Menyediakan mentorship dan sokongan untuk individu yang baru memulakan perniagaan daripada idea perniagaan, kertas kerja dan penyediaan belanjawan/budget yang sesuai
- Membina laman web perniagaan yang responsif dan mesra SEO supaya mudah terpapar dalam hasil carian di Google
- Membantu setup untuk business from home (BFH) yang sesuai dan efisien
- Menyusun gerak kerja pemasaran, jualan, kewangan, dan pengurusan sumber manusia supaya pemilik perniagaan boleh fokus pada perkara yang lebih utama
Sebagai peminat kebudayaan dan hasil seni, negara Jepun ialah satu inspirasi dalam aspek ketekunan dan ketelitian terutama sekali dalam aspek urus hidup. Kinyu yang bermakna "kewangan" ialah servis accounting untuk individu dan perniagaan:
- Melakukan bookkeeping untuk individu dan syarikat
- Menyediakan servis accounting yang asas seperti balance sheet dan income statement
- Menyediakan kiraan net worth dan cukai untuk individu dan keluarga
- Menghantar laporan kewangan dan tax ke badan yang bertanggungjawab termasuklah menguruskan claim untuk yang layak
Di IT Concierge, kami memfokuskan pada servis support seperti:
- Memulihkan komputer/telefon lama agar boleh beroperasi semula dengan laju dan lancar.
- Membantu warga emas dan orang awam untuk mendaftar sebarang program/bantuan kerajaan secara online
- Menyediakan perkakasan dan setup untuk internet yang lebih pantas di rumah
- Memudahkan rutin seharian melalui smart home technology
- Membantu rumah warga emas/kelab/persatuan yang berminat untuk menggunakan teknologi untuk komunikasi dan peer group yang memiliki minat/hobi yang sama
Diinspirasikan daripada perkataan "kerjaya" dalam bahasa Gaelic yang berasal daripada Ireland, Gairme ialah servis perundingan/consultancy untuk pelajar, kolej, individu yang sedang mencari pekerjaan dan ingin pergi lebih jauh dalam perkembangan karier masing-masing:
- Menyediakan resume dan cover letter yang profesional dan tepat bergantung pada jawatan dan syarikat yang dipohon
- Menghubungkan klien dengan golongan profesional/senior yang sudah berjaya dalam bidang yang diceburi
- Merangka program mentorship yang bersesuaian dengan target kerjaya atau career path yang ingin dicapai
- Mendedahkan pelajar sekolah dan kolej kepada peluang kerjaya yang ada dalam sektor awam dan swasta, dalam dan luar negara
Kluedia, diinspirasikan daripada perkataan "Cluediant" dalam bahasa Welsh yang bermaksud pengangkutan. Kami menfokuskan kepada sektor automotif dan aksesori kenderaan.
- Membantu individu yang ingin membeli dan menjual kereta/motor/lori terpakai atau secondhand dari A-Z, dari proses inspection, mencari penjual/pembeli hinggalah tawar menawar dan tanda tangan kontrak dan tukar milik
- Membantu individu yang ingin belajar bagaimana untuk servis kereta sendiri agar lebih jimat dan belajar mengenal perkara asas tentang penjagaan kenderaan
- Membekalkan aksesori kereta yang berkualiti mengikut model
- Menjemput ke dalam kumpulan perbincangan yang sesuai mengikut model kenderaan yang ingin dibeli
Ulasan
Catat Ulasan